Khamis, 19 Mei 2011

TEKNIK MEMBACA

Membaca untuk pembelajaran tidak sama dengan membaca untuk hobi atau mengisi masa lapang. Pembacaan untuk pembelajaran memerlukan pembacaan yang aktif.

Untuk memudahkan pemahaman, bukan sekadar membca teks tetapi baca semuanya – graf, jadual atau apa-apa gambaran yang disertakan.

Selain itu, membaca buku bahasa kedua seperti bahasa Inggeris memang agak membosankan terutama jika pelajar tidak mahir bahasa tersebut. Oleh itu, syarat utama untuk memahami buku bahasa asing ialah kamus yang baik. Namun tidak bermakna dengan memiliki kamus yang baik, pembelajaran akan menjadi mudah.

Seringkali tumpuan pelajar terjejas oleh gangguan-gangguan seperti mencari makna sesuatu perkataan.
Berkali-kali melihat kamus, boleh menjejaskan pemahaman asal dan menyebabkan fikiran cepat bosan serta letih.
Bagi mengatasinya, pelajar harus mengurangkan seminimum mungkin proses mencari makna perkataan yang tidak difahaminya.

Sebelum membaca sesuatu tajuk yang ditulis dalam bahasa asing, semak terlebih dahulu dengan membacanya secara pantas. Catatkan perkataan itu untuk tujuan rujukan dan sediakan satu set catatan yang khusus bagi sesuatu buku yang dibaca.

Teknik membaca yang menjimatkan masa
1. Baca dengan mata, bukan dengan mulut.
Membaca dengan mulut (terkumat-kamit ketika membaca) hanya melambatkan pembacaan kerana pergerakan mata lebih pantas daripada mulut. Begitu juga membaca dengan menggerakkan jari telunjuk turut melambatkan proses pembacaan.

2. Elakkan berjalan atau mundar-mandir ketika membaca. Elakkan diri daripada mengulangi ayat yang sudah dibaca.
Ini dapat dibiasakan dengan kerap membuat latihan tetapi masih mengekalkan daya penangkapan maklumat dari bahan yang dibaca.

3. Baca sesuatu tajuk sehingga habis. Mulakan pembacaan sesuatu topik dari awal untuk memudahkan pemahaman dan tidak perlu mengulang pembacaan jika berhenti pada pertengahan tajuk.

Ingat kembali
1. Cara mengingat kembali boleh dilakukan secara lisan, dalam hati atau menulis fakta di atas kertas.

2. Proses ingat kembali lebih menguntungkan kerana menjimatkan masa dan tidak perlu mengambil masa banyak untuk mengulangkaji.

3. Pelajar tahu apa yang sukar diingati, terlupa ataupun salah, jadi ia akan menumpukan lebih perhatian kepada bahan ini dalam proses ingat kembali.

Lihat semula
1. Lihat semula adalah proses untuk mengetahui apa yang telah dibaca.

2. Belajar secara bersendirian sebenarnya memerlukan masa yang lebih.

3. Selain pembahagian waktu teratur, pelajar perlu ada tatatertib sendiri – hapuskan sikap acuh tak acuh, menangguh-nangguhkan belajar atau malas.

4. Belajar di tempat yang menggalakkan pembelajaran.

Ujian sendiri
1. Ujian dapat mengenalpasti tahap pemahaman.

2. Untuk menguji ingatan, tutup buku dan tulis semula apa yang diingati.

3. Uji juga kefahaman konsep serta penggunaannya, dengan menjawab soalan lalu.